PARIS: Golongan muda yang lahir pada tahun 1997 hingga 2012 di seluruh Eropah mengetuai demonstrasi bagi membantah pelbagai isu, daripada kekurangan peruntukan pendidikan hingga kos perumahan yang tinggi.

Ia sekali gus memberi cabaran besar kepada kerajaan yang sudah berdepan tekanan daripada golongan itu yang dikenali sebagai Gen Z.

Punca ketidakpuasan hati itu berbeza mengikut negara sepertii di Sepanyol apabila seorang warga emas, Maricarmen Abascal, 87, diusir dari kediamannya sehingga mencetuskan gelombang bantahan ini.

Sementara itu di Perancis, sejumlah pelajar mengadakan demonstrasi bagi menyokong guru yang melancarkan mogok.Bantahan pelajar di Albania turut berlaku sejak beberapa bulan lalu, bermula dengan penentangan terhadap rancangan pembangunan mewah yang disokong menantu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, Jared Kushner.