APABILA seseorang hilang dalam bencana dan jasadnya tidak ditemui, keluarga berdepan persoalan besar mengenai status kematian, urusan harta, hutang dan keperluan hidup seperti yang berlaku dalam tragedi banjir besar di Nepal. Undang-undang tidak menetapkan kehilangan atau tamatnya operasi mencari secara automatik mengesahkan kematian, sebaliknya keputusan perlu dibuat berdasarkan bukti dan saluran sah. Wartawan BH, Fahmy Rosli mewawancara Setiausaha Agung Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Danial Farhan Zainul Rijal dan Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman
Soalan (S): Dalam kes rakyat Malaysia hilang selepas tragedi banjir Nepal dan mayat belum ditemui, apakah status mereka dari sudut undang-undang?






