COLOMBO: Sri Lanka menyelaras operasi menyelamat 40 kelasi daripada beberapa kapal komersial Iran di perairan antarabangsa serta membantu mereka pulang ke negara asal, menurut seorang jurucakap Kementerian Luar pada Ahad.

Jurucakap itu, Thushara Rodrigo berkata, pihaknya menerima permintaan daripada Kedutaan Iran menerusi saluran diplomatik untuk menyelamatkan kru terbabit.

Beliau menambah, mereka yang diselamatkan itu mengalami kecemasan perubatan, namun tidak diperincikan.

Kementerian itu juga tidak memberikan butiran lanjut mengenai sebab mereka perlu diselamatkan.