Kuala Lumpur: Sekolah tidak boleh memeriksa kandungan telefon bimbit pelajar tanpa kuasa undang-undang, menurut keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
Hakim Yusrin Faidz Yusoff berkata, walaupun pihak sekolah mempunyai kuasa merampas dan menyimpan telefon bimbit, kuasa itu tidak secara automatik membolehkan mereka memeriksa kandungan digital peranti berkenaan.
Beliau membuat keputusan itu ketika menolak rayuan seorang bekas pelajar, Nur Nabilah Ahmad Zambala yang menyaman guru-gurunya dan kerajaan atas dakwaan kecuaian serta fitnah selepas dia ditangkap menyembunyikan sebuah iPhone di dalam seluar dalamnya ketika menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMK Sura, Dungun, Terengganu, enam tahun lalu.








