Kaherah: Beberapa pantai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ditutup akibat pencemaran minyak yang dipercayai berpunca daripada serangan ke atas sebuah kapal tangki semasa perang melibatkan Iran, menurut Kementerian Alam Sekitar pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pantai yang terjejas terletak di emiriah Sharjah, Umm Al Quwain dan Ras Al Khaimah, berhampiran Dubai.
Kementerian memaklumkan pencemaran itu berpunca daripada kebocoran kapal tangki minyak dan usaha sedang dijalankan untuk mengawal tumpahan serta membersihkan kawasan yang terjejas.
Penduduk di Sharjah, yang bersempadan dengan Dubai, melaporkan bau petrol atau gas yang kuat berlarutan selama beberapa hari. Kementerian berkata, pihaknya sedang menyiasat bau berkenaan namun menegaskan tiada risiko kesihatan.






