SELEPAS Johor dan Negeri Sembilan, kini Melaka menunggu giliran. Pada masa sama, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pula turut bakal menjadi tumpuan.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman itu membuka tirai PRN Ke-13 Sarawak. Berbeza dengan beberapa siri PRN di Semenanjung sebelum ini yang hanya membabitkan persaingan antara parti nasional, PRN Sarawak lebih unik dan menarik.

Ia bukan semata-mata disebabkan faktor kedudukan Sarawak lebih 'tinggi' berbanding negeri di Semenanjung; kewujudan dan dominasi parti politik berteraskan perjuangan dan matlamat tempatan, seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS) atau keunikan demografi serta kebudayaan tempatannya.