Ketika ini, negara sedang berdepan situasi jerebu yang sukar dijangka susulan kebakaran hutan di negara jiran. Adakalanya keadaan di sebelah pagi nampak terkawal, namun lain pula jadinya pada sebelah petang.
Keadaan itu memaksa Kementerian Pendidikan menutup operasi sekolah dan digantikan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Antara yang terjejas ialah pelajar-pelajar di Johor susulan kualiti udara yang tidak sihat.
Ramai ibu bapa jadi ‘huru-hara’ susulan pelaksanaan PdPR, walaupun sudah mempunyai pengalaman ketika pandemik Covid-19 beberapa tahun lalu. Situasi menjadi kelam-kabut apabila ibu bapa perlu keluar bekerja dan meninggalkan anak yang mengikuti PdPR di rumah.








