SEREMBAN – Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Jenayah di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh isterinya yang juga pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) sebelum mayat mangsa ditemukan di kediaman mereka di Kompleks Perumahan Penjawat Awam, Nilai pada 15 Oktober lalu.
Tertuduh, Mohd Khairudin Safi’ai, 37, yang beralamat di Kampung Tebing, Pengkalan Kubor, Tumpat hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Norhazwani Ibrahim di kediaman mereka di K06 E-2 13, Kelompok 6, Kompleks Perumahan Penjawat Awam KLIA, Nilai, kira-kira pukul 7 malam pada 15 Oktober lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun








