PETALING JAYA – Lelaki warga China yang ditahan membawa dua kilogram (kg) dadah disyaki kokain di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dipercayai memperoleh bahan terlarang itu daripada individu tidak dikenali di sebuah pasar raya di Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan oleh Jabatan Kastam dan Eksais Hong Kong pada 22 Oktober lalu selepas tiba dari Pulau Pinang.

Menurutnya, suspek menaiki penerbangan Cathay Pacific CX622 dari Pulau Pinang ke Hong Kong sebelum ditahan pihak berkuasa negara berkenaan.</