PETALING JAYA – Ketika warga Selangor menikmati cuti umum hari ini, penduduk negeri itu yang bekerja di Kuala Lumpur terpaksa meneruskan rutin harian seperti biasa, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Situasi itu turut dapat dilihat menerusi keadaan jalan raya di sekitar Petaling Jaya terutama Lebuh Raya Persekutuan yang lebih lengang berbanding kebiasaan, sebelum kembali sesak apabila memasuki ibu negara.

Seorang pengguna media sosial, Mariam berkongsi pengalamannya ketika keluar bekerja apabila mendapati keadaan jalan raya di sekitar Petaling Jaya lengang, berbeza dengan suasana di Kuala Lumpur.

“Hari ini bangun pagi keluar rumah lengang jalan area (kawasan) Petaling, masuk KL back to normal (kembali seperti biasa). Selangor cuti, tapi penduduk Selangor tak semua cuti. Kita jiran