GUA MUSANG – Penduduk Kampung Brooke Lama di Pos Brooke, di sini terpaksa menyeberangi sungai untuk meneruskan urusan harian selepas jambatan gantung yang menjadi laluan utama mereka runtuh sepenuhnya akibat kepala air pada Selasa lalu.
Penghulu Kampung Brooke Lama, Rian Bujang berkata, keadaan itu menyukarkan kira-kira 20 keluarga yang menggunakan laluan berkenaan untuk keluar bekerja dan menghantar anak ke sekolah.
Katanya, dia berharap agensi berkaitan dapat mempercepatkan pembinaan jambatan sementara bagi membolehkan penduduk kembali menggunakan laluan berkenaan dengan selamat.
“Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara sudah dimaklumkan, malah wakil rakyat juga telah turun meninjau keadaan. Saya berharap agensi terlibat dapat membantu menyegerakan pembinaan jambatan kerana ini laluan utama penduduk, termasuk anak-anak ke sekolah dan masyarakat Orang Asli mencari rezeki.








