Memasuki bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, dengan gegak-gempita muncul isu Perikatan Nasional (PN) dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS), kemudian ditarik balik oleh mahkamah serta insiden-insiden
tidak terduga, termasuk kes Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semua pihak perlu muhasabah diri.
Apa lagi di pihak kerajaan yang perlu meneruskan agenda pembangunan negara lebih agresif menyelesai permasalahan rakyat.
Yang perlu diingatkan di sini, populariti diri tidak penting. Paling utama imej kerajaan yang berkhidmat kepada rakyat segalanya. Maka semua pihak daripada pegawai kerajaan semua peringkat perjawatan, baik agensi, jabatan, universiti sehingga Jemaah Menteri perlu terus serlahkan mencabar diri.









