Kuching: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan secara rasmi hari ini, sekali gus memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri ke-13 (PRN13).
Pengumuman pembubaran itu dibuat Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Jumaat lalu setelah mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Selaras dengan Perkara 21(4) Perlembagaan Negeri, PRN hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh pembubaran berkenaan
Tumpuan kini terarah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menetapkan tarikh mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRN13 termasuk penamaan calon dan hari pengundian.








