ABUJA – Angka kematian akibat serangan lelaki-lelaki bersenjata di sebuah bandar pedalaman di timur Nigeria meningkat kepada sekurang-kurangnya 50 orang, demikian menurut mangsa terselamat dan Amnesty International(AI) kepada AFP semalam selepas lebih banyak mayat ditemui.
Pihak polis dan AI berkata, sebahagian mangsa lemas ketika cuba melarikan diri daripada penyerang.
Kumpulan lelaki bersenjata disyaki bandit (penyamun) itu menyerbu bandar Binnari, negeri Tarabak dan membunuh berpuluh-puluh orang tidak lama selepas solat Jumaat. Mereka juga merompak serta membakar kedai-kedai.
Taraba terletak di antara timur laut Nigeria yang mengalami pemberontakan berpanjangan oleh kumpulan-kumpulan militan dan wilayah tengah bergolak disebabkan keganasan kumpulan -kumpulan penjenayah dipanggil bandit.









