BARCELONA – Bintang muda Barcelona, Lamine Yamal dianggap lebih layak untuk menjulang Ballon d’Or apabila bekas rakan sepasukan, Robert Lewandowski yakin pemain sayap itu memiliki segala ramuan untuk bergelar pemain terbaik dunia.
Menurut Lewandowski, potensi Yamal yang terus mencuri perhatian menerusi aksi memukau bersama Barcelona dan Sepanyol secara konsisten sangat luar biasa memandangkan usianya baru 19 tahun.
Lewandowski berkata, Yamal berpeluang cerah untuk memenangi anugerah individu berprestij itu pada awal pagi esok walaupun menganggap persaingan kali ini lebih terbuka.
“Sudah tentu saya menyokong Yamal untuk memenangi Ballon d’Or kerana dia luar biasa, terutama pada usianya.








