PETALING JAYA – Sebanyak tujuh kawasan di Sarawak mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dengan Serian merekodkan bacaan tertinggi iaitu 170 setakat pukul 9.45 pagi ini.
Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Sarikei, Samarahan dan Kuching masing-masing mencatatkan bacaan IPU 157.
Sibu pula merekodkan bacaan 156, diikuti Mukah (116) dan Sri Aman (115).
Sementara itu, sebanyak 32 kawasan lagi berada pada tahap sederhana dan 29 kawasan pada tahap baik.








