Tanah Merah: Dua lelaki termasuk warga Pakistan ditahan selepas disyaki memiliki hampir 10,000 batang rokok seludup menerusi dua serbuan berasingan oleh Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini.

Serbuan hasil intipan pihak berkuasa itu dilakukan antara jam 4 hingga 5 petang semalam.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan pertama di rumah di Kampung Bukit Nangka, Gual Ipoh menahan lelaki tempatan berusia 33 tahun.

"Hasil pemeriksaan menemui 6,080 batang rokok seludup dalam sebuah guni yang diletakkan di hadapan rumah berhampiran longgokan kayu yang membabitkan nilai RM11,456.