PETALING JAYA – Sebahagian ibu bapa hanya membawa anak menjalani pemeriksaan mata selepas dimaklumkan guru mengenai masalah penglihatan anak-anak mereka, termasuk sukar melihat papan hitam.

Presiden Persatuan Opto­metris Malaysia (AMO), Ahmad Fadhullah Fuzai berkata, tahap kesedaran ibu bapa terhadap kepentingan pemeriksaan mata sebelum anak memasuki alam persekolahan secara umumnya masih berada pada tahap sederhana hingga rendah.