KUALA LUMPUR: Pengisytiharan negara asal minyak sawit yang dicampur di Malaysia perlu dibuat dengan tepat bagi mengelakkan integriti dan reputasi produk negara terjejas di pasaran antarabangsa.
Pensyarah Kanan Pengajian Maritim Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Madzli Harun, berkata pencampuran minyak sawit di pelabuhan negara dibenarkan tetapi tidak secara automatik menjadikan produk akhir berasal dari Malaysia.
Beliau berkata, negara asal produk ditentukan berdasarkan peraturan asal usul barang (RoO), termasuk proses pemprosesan, kandungan bahan mentah dan kriteria perdagangan berkaitan.
"Sebagai contoh, minyak sawit dari Indonesia yang dicampur di Malaysia tidak semestinya boleh diisytiharkan sebagai produk Malaysia.






