Kuala Lumpur: Lelaki warga China yang ditahan bersama dua kilogram kokain di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, Khamis lalu, dipercayai memperoleh dadah itu daripada individu tidak dikenali di sebuah pasar raya di Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, berkata maklumat awal itu diperoleh susulan tangkapan lelaki berusia 25 tahun oleh Jabatan Kastam dan Eksais Hong Kong pada 22 Oktober lalu.

Katanya, suspek tiba di Hong Kong dari Pulau Pinang menaiki penerbangan Cathay Pacific CX622 sebelum pemeriksaan menemukan dadah disyaki kokain dalam bagasi daftar masuknya.

"Hasil siasatan awal mendapati suspek memperoleh dadah berkenaan daripada seorang individu tidak dikenali di sebuah pasar raya di Pulau Pinang.