LIBERVILLE: Pasukan penyelamat sedang mencari lima mangsa yang hilang selepas sebuah pelantar minyak tenggelam di luar pantai Gabon pada Ahad, menurut syarikat pengendali dan pihak berkuasa negara itu.
Dalam kenyataan pada petang Ahad, kerajaan memaklumkan lima individu yang hilang terdiri daripada tiga warga Gabon dan masing-masing seorang warga India dan Croatia.
Syarikat Borr Drilling memaklumkan pelantar minyak Prospector 5 yang sedang membuat persiapan memulakan kerja penggerudian luar pesisir di perairan Gabon, mengalami kegagalan struktur serius pada petang Sabtu sehingga menyebabkan ia tenggelam.
"Ketika kejadian, terdapat 115 orang berada di atas pelantar berkenaan. Seramai 110 mangsa sudah diselamatkan.








