Berlin: Bomba Jerman bergelut memadam kebakaran yang memusnahkan tapak percutian pergunungan Adolf Hitler, Eagle's Nest di Banjaran Alps Bavaria pada Sabtu, sementara polis menahan seorang suspek dipercayai ada kaitan dengan insiden.

Amaran kebakaran diterima lewat Jumaat di bekas rumah percutian pegawai tinggi Nazi itu yang terletak pada ketinggian 1,834 meter di Obersalzberg, selatan Jerman.

Menurut pihak berkuasa Bavaria, kira-kira 200 anggota bomba dikerahkan untuk memadamkan kebakaran di kediaman Kehlsteinhaus itu yang menerima kira-kira 350,000 pengunjung setiap tahun.

Difahamkan, kebakaran mula dilaporkan selepas penggera berbunyi pada jam 9.50 malam waktu tempatan, namun operasi pemadaman berdepan kesukaran akibat ribut salji dan angin kencang.