KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin dalam persekitaran sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) pada 27 hingga 28 Oktober.
Pada 8.02 pagi, ringgit meningkat kepada 4.0815/0870 berbanding dolar AS daripada 4.0835/0875 semasa ditutup pada Jumaat lalu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.2 peratus manakala hasil Perbendaharaan AS turut mencatat kenaikan.
"Justeru, sentimen pasaran dijangka terus berhati-hati dengan harga minyak mentah Brent kekal tinggi pada AS$116 setong berikutan perang yang berterusan di Asia Barat berkemungkinan menjejaskan bekalan minyak mentah global.









