KOTA KINABALU: Strategi Parti Warisan (WARISAN) menjalinkan kerjasama politik dengan beberapa parti untuk bertanding di 26 kerusi di Sabah dan Labuan pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) dapat meluaskan lagi jangkauan politik parti itu.

Namun, bagi penganalisis politik, parti itu perlu membuktikan kekuatan sebenar menerusi sokongan pengundi di peringkat akar umbi.

Pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Tony Paridi Bagang, berkata pakatan berkenaan dilihat sebagai usaha menyatukan parti tempatan bagi membentuk blok pilihan raya lebih kuat dan berdaya saing.

"Kerjasama Pakatan WARISAN dengan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) akan memberi saingan sengit pada PRU, khususnya di kawasan majoriti Kadazandusun Murut (KDM), yang selama ini menjadi cabaran kepada WARISAN, tetapi mempunyai sokongan akar umbi STAR dan KDM.