Kuala Lumpur: Pelakon dan pengarah, Ebi Kornelis positif apabila namanya tidak tercalon untuk kategori Pengarah Harapan dan Lakon Layar Terbaik menerusi filem Syurga Dalam Botol pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-35.

Ebi, 42, berkata, dia menerima banyak mesej daripada rakan-rakan penggiat industri dan pengikut yang menzahirkan kekecewaan kerana filem sulung arahannya seakan tidak dipandang oleh panel penilai.

"Saya tiada apa-apa nak ulas kerana saya percaya pada rezeki dan kredibiliti juri. Insya-Allah saya percaya rezeki kita masing-masing akan sampai tepat pada waktunya.

"Paling utama, saya amat berterima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) atas segala bimbangan yang diberi.