Seorang lelaki tempatan berusia 60-an yang juga pengurus gudang ditahan bagi membantu siasatan kes penyeludupan barangan elektrik tanpa kelulusan sah.PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan bersama 9,286 unit barangan elektrik bernilai lebih RM1.33 juta dalam serbuan di Seri Kembangan, Selangor.

Seorang lelaki tempatan berusia 60-an yang juga pengurus gudang ditahan bagi membantu siasatan kes penyeludupan barangan elektrik tanpa kelulusan sah.

Pengarah Kastam Kuala Lumpur, Wan Norizan Wan Daud, berkata serbuan di gudang persendirian di Bukit Belimbing pada 13 Okt lalu menemui pelbagai jenis dan fungsi barangan elektrik dipercayai tiada perakuan kelulusan (CoA) Suruhanjaya Tenaga serta Sirim.

"Pihak premis juga gagal mengemuka sebarang dokumen kelulusan sah bagi barang berkenaan semasa pemeriksaan dijalankan," katanya menurut Berita Harian.