PETALING JAYA: Man Wei Chong-Tee Kai Wun menamatkan penantian selama 22 tahun untuk menyaksikan beregu lelaki Malaysia menjulang gelaran pada Kejohanan Badminton Terbuka Perancis di Paris, lewat tengah malam tadi.

Pasangan No. 11 dunia itu mengejutkan rakan senegara yang juga merupakan beregu No. 5 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani 13-21, 21-15, 21-7 dalam masa 44 minit pada perlawanan akhir.

Kali terakhir wakil Malaysia menjuarai Terbuka Perancis adalah menerusi Gan Teik Chai-Koo Kien Keat pada edisi 2004, sebelum Wei Chong-Kai Wun menamatkan penantian tersebut.

Ini merupakan kemenangan sulung Wei Chong-Kai Wun pada kejohanan berstandard Super 750 itu.