PENANTIAN Malaysia selama 22 tahun untuk kembali menjulang gelaran beregu lelaki pada Kejohanan Badminton Terbuka Perancis akhirnya bakal berakhir apabila dua pasangan negara mara ke final di Paris.Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun memastikan gelaran itu menjadi milik Malaysia selepas masing-masing menempah slot ke final yang berlangsung pada Ahad.Man Wei Chong-Kai Wun terlebih dahulu mengesahkan kemaraan selepas menewaskan wakil Indonesia, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin 21-16, 21-15 dalam aksi separuh akhir di Grand Arena Paris pada Sabtu.Sze Fei-Izzuddin melengkapkan dominasi negara apabila menundukkan satu lagi pasangan Indonesia, Leo Rolly-Daniel Marthin 22-20, 21-9 untuk turut melangkah ke perlawanan akhir.Kejayaan kedua-dua pasangan itu memastikan Malaysia bakal menamatkan kemarau gelaran beregu lelaki di kejohanan itu sejak 2004.