KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil antara RM4.07 hingga RM4.08 berbanding dolar AS minggu depan berikutan pelabur memantau keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan pada 27 hingga 28 Oktober.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pelabur juga akan meneliti petunjuk mengenai hala tuju dasar monetari Rizab Persekutuan AS (Fed) menerusi kenyataan FOMC dan sidang akhbar susulannya, dengan pasaran menjangkakan kadar dana Fed kekal tidak berubah pada 3.75 hingga 4.00 peratus.
"Pada asasnya, penilaian Fed terhadap inflasi serta keadaan pasaran semasa berkaitan pelaburan kecerdasan buatan dan penilaian ekuiti akan menjadi elemen penting dalam membentuk keyakinan pasaran.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2020%2F06%2F929a54d5ec2cc16a031a34bb60a4653c.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

