BAGAN DATUK: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, memberi jaminan bahawa rundingan berhubung senarai calon MCA bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka masih boleh diteruskan.
Beliau mengesahkan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong terkejut apabila tidak dimaklumkan lebih awal berhubung pengumuman calon pada majlis di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Melaka, malam tadi.
"Benar, beliau pun terkejut kerana tidak dimaklumkan oleh urus setia mengenai pengumuman calon itu. Bagaimanapun, masalah ini akan kita selesaikan, kita akan adakan perbincangan sebelum 31 Oktober," katanya.
Timbalan Perdana Menteri yang ditemui media pada program Larian Jambatan Sultan Nazrin Shah Daerah Bagan Datuk, di sini hari ini, mengulas dakwaan bahawa senarai calon MCA diumumkan BN malam tadi belum mendapat persetujuan rasmi pimpinan pusat parti komponen BN itu.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2020%2F06%2F929a54d5ec2cc16a031a34bb60a4653c.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

