KUALA LUMPUR: "Ramai pemalas, lebih suka merempit" - Itu alasan diberi seorang pengusaha kedai tomyam selepas dikesan menggaji pekerja warga asing ketika premis miliknya di Jalan Ipoh diserbu Jabatan Imigresen Malaysia lewat malam tadi.
Lelaki berusia 40-an yang enggan dikenali itu berkata, pelbagai cara dilakukan bagi menarik minat orang tempatan untuk bekerja termasuk menawarkan pendapatan bulanan lebih RM2,000, selain makan serta minum diberikan, namun tidak ramai berminat.
Menurutnya, hanya seorang dua pekerja tempatan benar-benar boleh diharap, sementara selebihnya hanya memberi pelbagai masalah.
"Itu sebab saya terpaksa ambil pekerja asing. Budak-budak kita saya offer (tawar) gaji RM70 sehari siap makan, minum mereka tak nak. Sabtu, Ahad nak cuti, kita kedai makan mana boleh macam itu.








