Kementerian Pertahanan dan syarikat aeroangkasa Korea Aerospace Industries memeterai kontrak bernilai hampir RM4 bilion bagi perolehan 18 pesawat tempur ringan FA-50 Block 20, tiga tahun lalu. (Gambar Wikipedia)KUALA LUMPUR: Malaysia dijadual menerima dua pesawat tempur ringan FA-50M Block 20 buatan Korea Selatan pada Jumaat ini, sebagai sebahagian daripada perolehan 18 pesawat berkenaan bernilai hampir RM4 bilion.

Menteri Pertahanan, Khaled Nordin, berkata penerimaan pesawat itu akan memperkukuh keupayaan tempur udara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“… perolehan 18 pesawat FA-50M dari Korea Selatan yang akan ditempatkan di Pangkalan Udara Kuantan, dengan sebahagiannya turut dirancang ditugaskan di Pangkalan Udara Labuan bagi memperkukuh keupayaan tempur udara.