Mahkamah Rayuan sebulat suara benar rayuan SL Land Sdn Bhd dan Foong Wei Ching terhadap JMB yang menguruskan Sentral Bazar di Nilai, Negeri Sembilan.PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan memutuskan badan pengurusan bersama (JMB) tidak boleh menghalang pemilik hartanah daripada memasuki unit kondominium mereka sendiri semata-mata disebabkan tunggakan caj penyelenggaraan.
Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Alwi Abdul Wahab, bersama-sama Shahnaz Sulaiman dan Ong Chee Kwan, sebulat suara membenarkan rayuan SL Land Sdn Bhd dan Foong Wei Ching terhadap JMB yang menguruskan Sentral Bazar di Nilai, Negeri Sembilan.
Mahkamah mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi terdahulu yang mengekalkan kuasa JMB mengenakan syarat kemasukan terhadap pemilik ingkar di bawah Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015.





