JAKARTA: Indonesia memberi amaran akan membatalkan permit operasi syarikat asing yang berulang kali melanggar peraturan, termasuk firma dipercayai berpotensi menyumbang kepada kebakaran hutan dan tanah di Kalimantan serta Sumatera.
Presidennya, Prabowo Subianto berkata, sebilangan syarikat berulang kali melanggar peraturan, walaupun memegang permit perniagaan dan konsesi selama bertahun-tahun.
“Terdapat petunjuk bahawa banyak syarikat asing juga harus dipertanggungjawabkan. Sebahagian daripada mereka diberikan konsesi selama lebih 10 tahun. Namun, ada yang melanggar peraturan tiga atau empat kali, manakala yang lain berpuluh-puluh kali. Ada juga yang melanggar peraturan sebanyak 19 kali.
“Pada pandangan saya, cukuplah. Jika mereka melanggar peraturan sebanyak dua kali, batalkan sahaja permit mereka,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Penyelarasan Nasional Pasukan Pecutan Akses Kewangan Daerah (TPAKD) 2026 di Jakarta kelmarin.








