Menteri Perhutanan Indonesia Raja Juli Antoni berkata kementerian itu sedang mengendalikan 120 kes berkaitan kebakaran hutan dan tanah, dengan perkembangan lanjut dijangka dimaklumkan minggu depan. (Gambar EPA Images)JAKARTA: Kementerian Perhutanan Indonesia mengenakan sekatan pentadbiran terhadap 32 syarikat yang disyaki terlibat dalam kebakaran hutan dan tanah, merangkumi kawasan konsesi gabungan seluas 1.93 juta hektar, lapor Xinhua memetik Menteri Perhutanan Raja Juli Antoni pada Rabu.

Kira-kira 18,000 hektar tanah di dalam kawasan konsesi terjejas terbakar, kata Antoni sambil menambah bahawa langkah terbaharu itu termasuk menggantung operasi enam syarikat dan mengarahkan mereka untuk memulihkan ekosistem yang rosak.