Ketua Bersekutu Bersatu, R Sri Sanjeevan, berkata sebelum mempersoalkan cadangan penubuhan PN baharu, PAS patut jelaskan mengapa pendaftaran gabungan itu dibatalkan.PETALING JAYA: Seorang pemimpin Bersatu menggesa PAS supaya tidak mempersoalkan cadangan untuk menubuhkan Perikatan Nasional (PN) baharu selepas pendaftaran gabungan pembangkang itu dibatalkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Ketua Bersekutu Bersatu, R Sri Sanjeevan, berkata PAS sepatutnya mencerminkan diri serta memberi penjelasan mengapa PN dibatalkan pendaftarannya ketika di bawah pentadbiran parti itu.
“PN baharu belum lahir, dah risau siapa bapanya. PN lama sampai terbatal pendaftaran, siapa penjaganya?
"Sebelum sibuk mengulas sijil lahir orang, jelaskan dulu sijil kematian sendiri,” katanya kepada FMT.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F1_823610.png&w=480&output=webp&q=85&we)