KOTA BHARU - Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan ada pihak cuba menubuhkan gabungan PN baharu susulan pembatalan pendaftaran gabungan itu oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu setakat ini berdasarkan maklumat yang didengarinya."Mungkin, ya, kami menjangka tidak mustahil ada pihak-pihak yang akan menubuhkan PN baharu," katanya kepada pemberita selepas Ceramah Jelajah Himpunan dan Munajat Penyatuan Ummah (Himpak) Kelantan 2026 di Pasir Tumboh, di sini pada Selasa.Takiyuddin ketika mengulas kemungkinan itu turut menyebut Parti Pribumi Bersatu Malayisa (Bersatu), namun tidak mengesahkan parti berkenaan mempunyai rancangan untuk menubuhkan gabungan baharu terbabit."Adakah Bersatu yang nak tubuh, nak menghidupkan semula PN baharu? Itu kena tanya ‘dialah’," katanya.Menurutnya, pihak yang menubuhkan gabungan baharu itu perlu melalui proses pendaftaran yang ditetapkan pihak berkuasa.Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Pas akan membincangkan langkah seterusnya bersama kepimpinan parti dan rakan kerjasama politiknya terutama berhubung pengunaan logo bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka."Apabila dah batal memang kami tak boleh guna logo PN, jadi perkara ini perlu dibincangkan."Berkaitan kerjasama dengan UMNO, itu memang tiada masalah," katanya.
Ada pihak mungkin tubuh PN baharu - Takiyuddin

Key takeaways
PN tidak menolak kemungkinan pihak lain menubuhkan gabungan baharu selepas pembatalan pendaftaran.
- PN tidak menolak kemungkinan ada pihak cuba menubuhkan gabungan baharu.
- Takiyuddin menyebut Bersatu sebagai salah satu kemungkinan, tetapi tidak mengesahkan.
- Gabungan baharu perlu lalui proses pendaftaran yang ditetapkan pihak berkuasa.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- By
- ADILA SHARINNI WAHID
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Pertikaian dalaman PN: Takiyuddin sanggah Azmin, puji MIPP
- Utusan Malaysia Bersatu boleh tubuh gabungan parti politik baharu
- Sinar Harian Ada pihak mungkin tubuh PN baharu - Takiyuddin (this story)
- Free Malaysia Today Jangan persoal cadangan tubuh ‘PN baharu’, pemimpin Bersatu beritahu PAS









