JOHOR BAHRU - Dua penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 24.9, Jalan Johor Bahru-Gelang Patah-Pendas di sini pagi Isnin.Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten KomisionerRadin Ramlan Radin Taha berkata, dalam kejadian pada jam 7.20 pagi itu, sebuah kereta yang dinaiki seorang pemandu dan dua penumpang sedang dalam perjalanan menuju ke Lima Kedai.Beliau berkata, kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh dalam keadaan jalan basah dan licin, sebelum memasuki lorong bertentangan dan bertembung dengan dua motosikal dari arah Gelang Patah."Akibat pertembungan itu, kedua-dua penunggang motosikal yang juga lelaki tempatan berusia 34 dan 50 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala serta kaki kanan."Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk proses bedah siasat manakala pemandu serta dua penumpang kereta mengalami cedera ringan pada bahagian kepala, muka dan kaki kanan," katanya dalam kenyataan malam Isnin.Radin Ramlan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang awam atau saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan. - Bernama
Dua penunggang motosikal maut dirempuh kereta hilang kawalan

Key takeaways
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan kereta yang hilang kawalan di Johor Bahru.
- Kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Johor Bahru-Gelang Patah-Pendas.
- Kereta hilang kawalan di jalan basah dan licin, memasuki lorong bertentangan.
- Dua penunggang motosikal meninggal dunia akibat kecederaan parah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian Penunggang motosikal maut, langgar lembu dalam hujan
- Utusan Malaysia Dua penunggang basikal maut dirempuh kenderaan pemandu mabuk
- Sinar Harian Dua penunggang motosikal maut dirempuh kereta hilang kawalan (this story)
- Berita Harian 2 penunggang motosikal maut dirempuh kereta terbabas








