WASHINGTON: Dua penunggang basikal maut manakala seorang lagi cedera parah selepas sebuah kenderaan yang dipandu pemandu disyaki mabuk merempuh kumpulan kayuhan bertema Halloween sebelum beliau melarikan diri.
Kejadian dilaporkan berlaku apabila kumpulan kira-kira 30 penunggang basikal yang bergerak di Kingsley Street berhampiran Tudor Avenue, California dirempuh secara tiba-tiba oleh kenderaan itu dari arah bertentangan pada jam 10.39 malam waktu tempatan pada Sabtu.
Saksi di lokasi memberitahu pihak polis bahawa kumpulan berkenaan sedang menyertai kayuhan santai bertema Halloween yang dianjurkan secara persendirian dan tidak melibatkan penajaan atau pengurusan pihak perbandaraan.
Nahas tragis itu meragut nyawa mangsa pertama di lokasi kejadian pada jam 10.44 malam waktu tempatan, iaitu hanya lima minit selepas rempuhan berlaku akibat kecederaan parah.









