PETALING JAYA: Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijadual bermesyuarat malam ini, ketika hala tuju politik parti itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 menjadi perhatian susulan perkembangan terbaharu dalam Perikatan Nasional (PN).

Sumber terdekat parti mengesahkan mesyuarat itu akan diadakan pada pukul 8 malam di ibu pejabat Bersatu di sini.

Mesyuarat itu dijangka dipengerusikan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin namun tujuan khusus pertemuan berkenaan belum didedahkan.

Perkembangan itu hadir ketika PN memutuskan untuk memulakan prosiding tatatertib terhadap Bersatu susulan dakwaan parti itu melakukan tindakan yang bertentangan dengan kepentingan gabungan berkenaan.