KOTA BHARU - Parti Wawasan Negara (Wawasan) akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan Perikatan Nasional (PN) sebelum membuat sebarang keputusan mengenai hala tuju gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, walaupun Wawasan sudah mempunyai ahli namun keputusan sama ada mahu bertanding atau sebaliknya tidak dibuat secara bersendirian."Kita sebenarnya ada ahli-ahli di sana, tetapi sama ada bertanding atau tidak. Kita dah jadi anggota PN biarlah ia dibincang bersama dan tidak perlu bincang seorang diri."Kita dah maklumkan bahawa kita serahkan kepada Setiausaha Agung dan pengerusi PN," katanya semasa sidang akhbar pada Jumaat.Terdahulu media melaporkan, DUN Sarawak dibubarkan berkuat kuasa 26 Oktober ini bagi memberi laluan kepada PRN.Pengumuman itu dibuat Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya, pada Jumaat selepas beliau menghadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri.Menurut Abang Johari, DUN Sarawak ke-19 mula bersidang pada 14 Februari 2022 berdasarkan Perkara 21(3) Perlembagaan Negeri Sarawak dan akan terus berfungsi selama lima tahun dari tarikh persidangan pertamanya, kecuali dibubarkan lebih awal.