PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengumumkan calonnya bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada 29 Oktober ini.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu sekali gus mengesahkan penyertaan parti berkenaan dalam pilihan raya negeri tersebut.

Beliau berkata, persiapan menghadapi PRN Melaka antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu di ibu pejabat parti itu, di sini hari ini.

“Saya tak nak umumkan, kerusi ini akan diumumkan pada 29 hari bulan. Maknanya satu, memang kita menyertai. Kedua, saya tak payah nak jelaskan di tempat mana kita akan bertanding dan persiapan-persiapan yang sudah pun kita mulakan sekarang.