KUALA LUMPUR: Polis merekodkan 77 kes berkaitan kegiatan sindiket keldai dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan 93 ditahan bagi tempoh Januari hingga 15 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata semua kes melibatkan rampasan 2,526.28 kilogram (kg) dadah yang dianggarkan bernilai RM202.76 juta.

Beliau berkata daripada jumlah kes itu, 64 melibatkan rampasan 2,407.27kg bunga ganja, empat kes syabu seberat 77.83kg, ketamin seberat 22.11kg (empat kes), 15.585kg kokain (tiga kes) serta campuran ketamin dan ganja seberat 3.475kg (dua kes).

"Daripada keseluruhan tangkapan pula, warga United Kingdom mencatat jumlah tertinggi iaitu 26 orang, diikuti Malaysia (23), Singapura (11), Jepun (lima) dan Perancis (enam).