Polis Bukit Aman berkata suspek memperoleh kokain itu daripada seorang individu tidak dikenali di sebuah pasar raya di Pulau Pinang. (Gambar PDRM)PETALING JAYA: Warga China yang ditahan bersama 2kg kokain di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong minggu lalu dijanjikan ganjaran RM1,200 untuk membawa dadah diperolehi daripada individu tidak dikenali di sebuah pasar raya di Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Hussein Omar Khan, berkata lelaki berusia 25 tahun itu ditahan Jabatan Kastam dan Eksais Hong Kong pada 22 Okt lalu selepas dadah ditemui dalam bagasi daftar masuknya setibanya di Hong Kong dari Pulau Pinang menaiki penerbangan Cathay Pacific CX622.