PETALING JAYA – Spekulasi sudah mendirikan rumah tangga dengan Hael Husaini semakin bertiup kencang apabila ‘muncul’ sekeping foto penyanyi Dayang Nurfaizah memakai busana persis pengantin.
Dalam foto tersebut, Dayang atau nama lengkapnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 45, menyarung baju rona putih, memegang sejambak bunga tangan dan dipercayai duduk di atas sebuah pelamin.
Menurut sumber, majlis nikah tersebut berlangsung pada bulan Jun lalu.
Manakala, majlis resepsi diadakan pada bulan Julai di ibu kota.









