KUALA TERENGGANU: Kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut dirempuh lori ketika mengambil bola yang terpelanting ke jalan raya di Jalan Surau Cik Man, Kampung Surau Haji Daud, di sini, petang tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 petang, ketika mangsa yang juga murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Ikan, di sini dikatakan tiba-tiba berlari ke jalan raya untuk mengambil bola berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata ketika itu lori dari arah Kampung Surau Haji Daud menghala Kampung Tok Dir, di sini datang dan merempuh mangsa.
"Mangsa parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.









