JAKARTA: Semua 26 kru kapal kargo KM Prima Sentosa yang terbakar di perairan Wilayah Bengkulu, Indonesia pada Jumaat malam berjaya diselamatkan.
Badan Nasional Mencari dan Menyelamat (BASARNAS) memaklumkan pasukan gabungan pencari dan penyelamat (SAR) tiba di lokasi kejadian pada kira-kira 2 pagi waktu tempatan pada Sabtu dan melengkapkan proses pemindahan dalam tempoh kira-kira dua jam.
"Semasa proses pemindahan, 13 kru ditemukan di atas kapal Seroja XX yang kebetulan lalu berhampiran lokasi kejadian dan turut membantu dalam operasi menyelamat.
"Sementara baki ahli kru lain ditemukan berhampiran KM Prima Sentosa kerana memilih untuk kekal di kawasan berkenaan berikutan bimbang dihanyutkan arus sekiranya bergerak lebih jauh dari kapal," kata agensi itu dalam satu kenyataan.










