KUALA LUMPUR: Sebanyak 24 lokasi di seluruh negara merekodkan indeks pencemaran udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 10 pagi tadi.
Semakan menerusi laman sesawang Sistem Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati Pasir Gudang, Johor, masih merekodkan bacaan IPU tertinggi 195.
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.
Bacaan IPU di Larkin pula pada 176, Seremban (174), Nilai (173), Pengerang (173), Kota Tinggi (172), Shah Alam (170), Klang (170), Batu Pahat (170) dan Johan Setia (170).









