Perdana Menteri Anwar Ibrahim umum bantuan RM1,000 kepada emandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di seluruh negara ketika membentangkan Belanjawan 2027.MELAKA: Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook menafikan bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000 yang diberikan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di Melaka pada hari ini bertujuan 'memancing undi' bersempena dengan PRN Melaka.

Beliau berkata sebaliknya, insentif berkenaan diberikan kepada semua pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah di seluruh negara selepas diumumkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Parlimen, baru-baru ini.

"Saya nak betulkan beberapa kenyataan dekat luar, ada yang tanya mengapa hanya di Melaka? Hakikatnya (pemberian bantuan khas kewangan) ini untuk semua pemandu teksi di seluruh negara, bukan di Melaka sahaja.