PETALING JAYA – Bila membincangkan tentang pengajian peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD), bagi yang belum melalui pengalaman tersebut, pastinya akan terbayang suasana perjalanan yang penuh tekanan dan pastinya ia satu tugasan yang sukar disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak universiti.
Mereka yang sedang belajar di peringkat tersebut itu juga menganggapnya terlalu sukar sehinggakan ada yang mahu kecundang di tengah jalan, malah ada yang diserang penyakit kerana pelbagai faktor termasuk tiada sokongan atau berseorangan melalui tempoh sukar tersebut.
Tetapi sebenarnya, bagi Pengasas syarikat 2M World Sdn. Bhd. (2M) yang terkenal dengan jenama Dr Roket, Dr. Mohd. Khairul Nizam Zainan Nazri berkata, ia sebenarnya adalah satu pengembaraan yang sangat indah dan unik, malah tersembunyi rasa keterujaan, kegembiraan dan mencabarnya.








